Visi, Misi dan Objektif Alumni PASTI Malaysia

Salamalaik..

Alhamdulillah dengan segala limpah rahmatnya sekali lagi perbincangan AJK Penaja Alumni PASTI Malaysia dapat dijalankan. Kali ini bertempat di Pasti Siswa 2, Taman Universiti, Skudai, Johor Bharu pada 10 April 2010 bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Perbincangan semakin rancak dan hangat. Semakin jelas perjalanan Alumni PASTI Malaysia selepas ini. Insyaallah.

VISI Alumni Pasti Malaysia:
ALUMNI PASTI SEBAGAI ENTITI PEMERKASAAN UMMAH.

Terima Kasih buat semua sshabat AJK Penaja Alumni Pasti yang hadir.
Buat semua sahabat2 lepasan PASTI Malaysia, kami masih dalam perancangan. Bantulah kami dalam proses penjejakan ahli alumni Pasti di seluruh Malaysia. Segala maklumbalas sila berhubung di email alumnipasti@yahoo.com. Terima kasih.
wssalam.
Labels : news investment systems Anti Vir free template car body design

Perlembagaan Alumni PASTI Malaysia



Salamaalaik..

Alhamdulillah pada 27 February 2010, bertempat di Pejabat PASTI Malaysia Batu Caves, bersama dengan wakil AJK Tertinggi PASTI Malaysia, Cikgu Roseman dan En Saiful telah bersama meneruskan perbincangan dan memutuskan mengenai Perlembagaan Alumni PASTI Malaysia.

Hampir semua barisan AJK Penaja Alumni PASTI Malaysia hadir pada kali ini.Beberapa perkara penting telah diputuskan dalam perbincangan kali ini seperti Keahliaan, yuran, muktamar alumni, organisasi alumni di peringkat pusat, negeri dan kawasan dan kewangan alumni.Moga2 dengan perlembagaan ini akan menjelaskan lagi kedudukan Alumni PASTI Malaysia ini.

Buat sahabat2 bekas lepasan PASTI Malaysia, nantikan segala perancangan yang akan kami rencanakan demi merealisasikan kewujudan Alumni PASTI Malaysia. Kami barisan AJK Penaja masih dalam proses mengukuhkan struktur organisasi dan keahliaan sahabat2 bagi kita menjalankan segala perancangan.

Segala pandangan, cadangan atau apa2 sahaja amat kami harapkan dari sahabat2 bagi membantu kami dalam proses kewujudan Alumni PASTI Malaysia ini. Sila salurkan segalanya pada email alumnipasti@yahoo.com.

wsslam
Labels : news investment systems Anti Vir free template car body design